Friday 22 August 2014

Tips Menjaga Rambut


1. Syampu & Conditioner
Gunakan syampu yang bersesuaian dengan kulit kepala dan jenis rambut. Kalau rambut berwarna, gunakanlah syampu yg khas. Kalau rambut selalu berminyak dan kotor, tambahkan kekerapan untuk syampu rambut. Jangan lupa untuk gunakan conditioner bagi melembutkan rambut. Saya tahu ramai tak guna sebab malas nak buang masa, dan taknak berbelanja lebih. Tapi kalau nak rambut cantik kenalah guna ye!

2. Gunakan produk tambahan
Dah siap syampu and gunakan conditioner, gunalah minyak ke serum ke untuk memberi khasiat extra kepada rambut. Tapi jangan terlebih guna pula, takut rambut atau kulit kepala berminyak! Sekali sekala tu gunalah hair treatment di rumah atau pergi saja hair salon kalau terlebih wang..

3. Elak menggosok rambut dengan kasar
Ha..Bila nak keringkan rambut dengan tuala tu, jangan la gosok kuat-kuat. Rosak kutikel rambut nanti! Cukup sekadar kita dab towel tu untuk menghilangkan lebihan air di rambut selepas mandi.

4. Elak guna hair-dryer
Kalau tak perlu gi majlis yg memerlukan dandanan rambut hebat, elak lah guna hair-dryer. Sebaliknya, biarkan rambut kering naturally sebab hair-dryer boleh mengeringkan rambut. Kalau dah memang nak guna sangat, gunalah heat-protector untuk rambut yg boleh dibeli dipasaran agar kerosakan rambut tu boleh dikurangkan.

5. Elak guna pengikat rambut
Pernah tak bila buka ikatan rambut, rambut macam berbentuk? Kalau selalu sangat ikat rambut, rambut rosak tau.....

No comments:

Post a Comment