Friday 22 August 2014

Tips Menjaga Payudara

1. Rajin sukan 
Sukan itu penting. Penting untuk kesihatan tubuh, agar peredaran darah lancar dan otot-otot menjadi rileks. Sekurang-kurangnya, sempatkan untuk bersenam kurang lebih selama 45 minit sampai 1 jam lamanya secara rutin setiap hari. Selain dapat mencegah terjadinya penyakit berbahaya dengan bersenam anda dapat meningkatkan fungsi kekebalan tubuh, menurunkan kadar hormone estrogen dan mengurangkan obesiti. Lebih baik lagi jika diimbangi dengan mengambil makanan sihat seperti sayur, buah, susu dan lain-lain.

2. Pilih Bra Sesuai Keperluan 
Bra yang dikenakan sangatlah penting untuk menentukan kesihatan dan kecantikan payudara. Elakkan pemakaian bra yang berkawat kerana terbukti bra berkawat dapat merangsang tumbuhnya sel-sel berbahaya dalam payudara dan menimbulkan kanser payudara. Gunakanlah bra yang sesuai keperluan anda. Akan tetapi jika payudara anda terlalu besar atau turun kerana bertambahnya usia, gunakan bra berkawat. Jika anda akan bersenam , pakailah pakaian sport bra dengan cup khusus. Agar gerakan anda lebih fleksibel dan mudah apabila melakukan pelbagai gerakan dalam sukan.

3 . Gunakan Bra dengan Saiz Sesuai 
Bra yang tidak sesuai dengan saiz payudara dapat mengganggu aktiviti anda seharian tentunya. Jika bra terlalu kecil, boleh menyebabkan payudara lembab sehingga timbulnya rasa gatal dan merah pada payudara. Jika diteruskan boleh terjadi iritasi kulit pada payudara. Sebaiknya gunakan bra yang memang benar-benar sesuai dengan saiz payudara anda.

4 . Jaga Berat Badan
Menjaga berat badan agar stabil itu perlu kerana terlalu over weight atau terlalu kurus akan mengganggu penampilan anda nanti. Berat badan yang ideal, pada umumnya sangat diidamkan setiap wanita. Selain itu, berat badan yang berlebihan akan terdedah kepada penyakit. Jaga berat badan anda dengan rajin bersenam dan makan makanan yang mengandungi nutrisi tinggi namun tidak menggemukkan.

5 . Elakkan Stress 
Masih belum terbukti dan teruji bahawa stress boleh mencetuskan terjadinya kanser payudara. Kanser payudara timbul kerana adanya peningkatan hormon yang diakibatkan stress yang dialami.

6 . Kurangkan Minum Alcohol 
Menurut kajian yang telah teruji, menunjukkan bahawa setiap 2 gelas alcohol boleh mencetuskan tumbuhnya sel kanser payudara. Memang fakta, alkohol itu sememangnya tidak baik untuk kesihatan. Untuk itu, kurangkan minum alcohol atau seboleh mungkin untuk mengelak dan berhenti mengambil alkohol. Cuba alcohol tersebut diganti dengan buah anggur dan jus buah. Kenapa? Kerana terbukti bahawa kulit anggur yang mengandungi resveratrol boleh membantu mengurangkan kadar estrogen yang mengakibatkan terjadinya kanser payudara atau boleh juga minum air putih yang malah lebih baik untuk kesihatan anda.

7 . Gunakan Pelembap 
Seperti kulit tangan dan kaki, kulit payudara juga memerlukan pelembap untuk mencegah dan mengurangkan kedutan kerana dehidrasi. Pelembap khusus payudara disebut bust cream.

8 . Pakai Bedak 
Kelenjar minyak pada payudara boleh mencetuskan tumbuhnya jerawat. Untuk itu, pakailah bedak tabur selepas mandi dan elakkan pemakaian bra yang basah kerana tempat basah banyak sekali bersarang kuman-kuman kecil yang tak terlihat oleh mata kasar.

9 . Jangan Tidur Meniarap
Tidur meniarap boleh merubah kedudukan payudara. Posisi tidur yang disarankan dengan posisi mengiring dan payudara di sanggah oleh bantal atau bantal peluk. Langkah paling baik ialah elakkan pemakaian bra saat tidur untuk melancarkan peredaran darah dan payudara boleh bernafas dengan bebas.

10 . Semak Payudara
Melakukan pemeriksaan payudara sendiri itu penting kerana untuk mengesan awal adanya tanda-tanda bahaya pada payudara seperti kanser payudara. Saat ini, kerajaan telah menyarankan program Sarari (Semak Payudara Sendiri) pada masyarakat dengan cara meluas. Agar masyarakat dapat mengesan awal tentang kanser payudara.

Mulakan pemeriksaan payudara anda sekurang-kurangnya setiap 3 tahun sekali apabila usia mula mendekati 20 tahun. Bagi wanita yang berusia 40 tahun ke atas dan mempunyai keturunan kanser payudara, lakukan pemeriksaan secara rutin. Jika pemeriksaan dengan mamogram dirasa belum cukup, anda boleh meminta doktor untuk melakukan Magnetic Resonance Imaging (MRI) atau sonogram. Anda juga boleh menyemak payudara melalui ultrasonografi (USG), cara tersebut lebih berkesan dari pada pemeriksaan mamografi.

No comments:

Post a Comment